Sunday, October 11, 2009

PROSES PEMBUATAN EnZIM BUAH MENGKUDU (NONI)

Enzim Noni diperam dan diproses dari intipati asal Noni berkualiti tinggi yang berasal dari kepulauan Pasifik Selatan. Ia merupakan 100% pati Noni tulen merupakan Enzim yang berkualiti tinggi, tidak mengandungi sebarang bahan tambahan atau pengawet.

POKOK MENGKUDU (POKOK NONI)
Pokok-pokok Noni adalah pokok-pokok buah tropika yang tumbuh liar di kawasan Kepulauan Pasifik Selatan, berbuah selepas 10 bulan

BUAH MENGKUDU (BUAH NONI)
Selepas tempoh masa 18 bulan, buah Noni akan masak dengan ketuat tumbuh di atas kulit, menyerupai jambu batu. Setiap pokok akan menghasilkan sebanyak 4-8 Kilogram setiap bulan.


PENAPAIAN SEMULAJADI
Buah Noni yang masak dan tumbuh sempurna dipilih secara teliti sebelum diletakkan dalam tong-tong khas untuk proses penapaian semulajadi selama tempoh 3 bulan (lebih kurang 90 hari)


PENGEKSTRAKAN TEKNOLOGI TINGGI
Selepas penapaian semulajadi berlaku, Noni tersebut diekstrak melalui proses pengasingan yang akan memisahkan intipati daripada hampas

PENGHAPUSAN BAKTERIA DENGAN TEKANAN TINGGI
Proses Pensterilan, yakni mengenakan tekanan tinggi terhadap ekstrak Noni dijalankan bagi mengawal kualiti Noni yang telah ditapai.

PEMBOTOLAN DAN PENGHANTARAN
Noni yang dihasilkan akan dimasukkan ke dalam bekas yang bebas daripada kuman dan habuk, kemudiannya akan dihantar ke proses pembotolan

PERLETAKAN DALAM KONTENA UNTUK DIEKSPORT
Ribuan kontena akan dihantar kepada penggemar Noni di serata dunia sebagai usaha meningkatkan kesihatan ke seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment